Lafaz yang kutunggu

face to face with Nadhir

“Seronoknya. Bertuah kau ada ayah macam tu.” Begitulah reaksi rakan-rakan Shahida apabila Shahida menceritakan rancangan keluarganya untuk bercuti ke Pulau Pinang. Shahida berasa tidak sabar menunggu hari esok. Hari ini hari Jumaat. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun selama seminggu. Shahida sudah mula membayangkan suasana di Pulau Pinang. Shahida belum pernah lagi ke sana. Teringin benar di hatinya ingin menjejakkan kaki di sana.
“Bertuahnya kau Shida. Macam mana ye nak jadi anak yang baik macam kau?” Zairin menyoal.
“Alah, aku ni tak ada baik sangat. Sekadar belajar, ingat dekat mak ayah. Itu je.” Shahida menjawab.
“Aku ni, tiap-tiap hari ingat mak ayah, tapi, belajarnya malas juga. Macam mana nak ubat penyakit malas aku ni?” Zairin mengeluh tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Shahida.
“Senang je. Cuba kau jadi rajin, mesti kau tak malas dah lepas ni.”
“HA HA HA…lawak antarabangsa.” Zairin menolak Shahida.
“Eh, betullah apa aku cakap. Salah ke? Bukankah rajin merupakan penawar bagi segala penyakit yang berbentuk malas?” Shahida menepuk belakang Zairin sambil membetulkan kaca matanya yang hampir terjatuh.
“Dahlah kau. Karang aku biar kau terus mengarut, aku juga yang masuk ICU.” Zairin berlalu dari situ.
“Hei, kau nak pergi mana Zairin?” Hairan melihat Zairin bangun lalu meninggalkannya.
“Kan Cikgu Norida nak jumpa aku masa rehat. Kau lupa ke?”
“Oh ye! Tak apalah. Jumpa dekat kelas tau.” Shahida melambaikan tangan pada Zairin. Bayangan Zairin hilang dari matanya.

Shahida berjalan seorang diri. Langkah kakinya membawa Shahida melalui hadapan koperasi sekolah. Kelihatan ramai pelajar membeli barang di situ. Shahida kurang senang dengan suasana sesak di koperasi. Shahida mengambil keputusan untuk berjalan di kawasan kelas aras dua. Kawasan kelas pada waktu rehat sememangnya sunyi. Pelajar lebih selesa berada di kantin atau pun koperasi. Jika tidak, ada juga pelajar yang akan duduk di perpustakaan sekolah. Tiba-tiba Shahida teringatkan tentang Amir. Amir ada mengajaknya keluar bersama pada cuti yang akan datang ini. Shahida mula mencari Amir. Dia ingin memberitahu Amir berkenaan rancangan keluarganya untuk bercuti ke Pulau Pinang. Matanya meliar mencari-cari jika Amir ada di kawasan itu.
Sibuk mencari Amir, Shahida terlanggar seorang pelajar dengan tidak sengaja. Bahu mereka berlaga tanpa Shahida sedari. Dua buah buku serta bekas kaca mata yang dipegang oleh pelajar itu terlepas dari tangannya. Kaca mata Shahida juga terjatuh.
“Alamak, sorry!” Shahida meminta maaf.
Dia baru sedar yang dia terlanggar seorang pelajar lelaki. Pelajar itu berjalan dengan seorang lagi rakannya. Shahida yang masih lagi berasa malu dengan tindakannya melanggar pelajar lelaki itu terus tunduk mengambil barang-barang yang terjatuh.
“Nah barang awak.” Shahida menyerahkan barang-barang itu kepada pelajar lelaki itu. Dia memakai kaca matanya lalu melihat dua orang pelajar lelaki yang ada di hadapannya itu. Alangkah terkejutnya Shahida apabila dia menatapi wajah pelajar lelaki itu. Dia ialah Nadhir. Rakannya ialah Haziq. Shahida tidak tahu apakah dia perlu mengeluarkan kata-kata dari mulutnya. Wajahnya mula bertukar merah padam. Nadhir juga bekelakuan yang menggambarkan dia agak malu melihat Shahida berada di hadapan matanya. Haziq hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Shahida dan Nadhir berdiri kaku. Tiada apa yang mereka ingin katakan walaupun sebenarnya banyak sekali ingin dipersoalkan.
“Cakaplah apa-apa,” fikir Nadhir.
“Isy mamat ni. Takkan nak diam je,” bisik hati Shahida.

Tiba-tiba Amir muncul. Nadhir menyedari kehadiran Amir di situ. Dengan pantas, Nadhir mengambil buku-buku dan bekas kaca matanya dari tangan Shahida lalu menarik Haziq berlalu dari situ. Shahida terkejut dengan tindakan Nadhir. Kenapa pula dengan dia ni? Shahida berasa hairan. Amir menegur Shahida. Shahida memandang ke belakang. Shahida mengeluh namun dia membalas senyuman Amir padanya. Baru Shahida sedar mengapa Nadhir berlalu dengan segera dari situ. Terdetik pula rasa kecewa di hati kecil Shahida. Amir dan Shahida berjalan bersama berlalu dari situ. Nadhir dan Haziq berhenti berjalan buat seketika. Nadhir menoleh ke belakang. Dia memerhatikan Shahida dan Amir berjalan berdua. Air muka Nadhir mula berubah. Jelas ternyata pada wajah Nadhir api cemburu yang membara. Nadhir cuba menyembunyikan perasaan kurang senang di hatinya itu.
“Wei, sudahlah! Tak ada apanya tu.” Nadhir terkejut. Dia terlupa dengan kehadiran Haziq di sisinya.
Haziq memegang bahu Nadhir. Dia seakan tahu apa yang dirasakan oleh Nadhir. Dia cuba menenangkan Nadhir. Nadhir hanya tersenyum.
“Isy, apa yang tak ada apanya?” Nadhir cuba menafikan perasaanya itu.
“Alah, buat tak tahu pula. Hey, Nadhir bin Ismail! Aku ni kawan merangkap sahabat sejati kau sejak kecil lagi tahu. Muka kau kalau nak menipu dengan aku memang nampak tak real.”
“Apa yang aku tipu? Mana ada aku tipu.”
“Dahlah tu Nadhir. Malas aku nak layan penipuan kau ni.” Haziq membuat muka.

Nadhir dan Haziq memang berkawan baik. Rumah mereka juga berdekatan. Memang tidak mustahil bagi mereka untuk berkawan sejak kecil lagi. Segala masalah dan rahsia Nadhir, hanya Haziq sahaja yang tahu. Nadhir memang lebih selesa berkawan dengan Haziq seorang sahaja. Dia tidak peduli apa yang orang kata tentang dirinya. Apa yang dia tahu hanyalah dia memiliki seorang sahabat sejati yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang. Haziq dan Nadhir berjalan menuju ke bilik guru.

Shahida tiba di hadapan pintu rumahnya. Shahida membuka kasut sekolah lalu mengambil kunci rumah dari poket bajunya. Apabila dia ingin membuka pintu rumahnya, didapati pintu rumahnya tidak berkunci. Shahida mula berasa kurang senang. Adakah Diana lupa untuk mengunci pintu sebelum pergi ke sekolah? Mustahil juga. Diana tidak pernah lupa untuk mengunci pintu rumah. Setahu Shahida, Diana itu cermat orangnya. Belum pernah walau sekali Diana terlupa untuk mengunci pintu rumah. Shahida mula membuat tanggapan yang tidak baik. Ada orang menceroboh masuk ke? Shahida membuka perlahan-lahan pintu rumah. Dia menjenguk ke dalam rumah dengan beraninya.
“BAH!” Tiba-tiba Shahida disergah oleh satu suara yang begitu kuat.
Shahida terkejut separuh mati. Nadia muncul di hadapan pintu. Dia ketawa terbahak-bahak. Nadia menolak Shahida yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Shahida menarik nafas panjang lalu menolak kakak sulungnya itu.
“Marah ke?” Nadia menolak Shahida semula.
Shahida hanya tersenyum menggambarkan perasaan gembira melihat wajah Nadia ketika ini. Dia meletakkan beg sekolahnya di hadapan pintu. Didakap erat tubuh Nadia. Rindu rasanya untuk berjumpa dengan Nadia.
“Tinggi sikitlah kau sekarang,” kata Nadia. Shahida hanya ketawa kecil. “Naik atas, pergi tukar baju. Kita gi jalan-jalan nak?” Nadia menyoal sambil bermain dengan rambut Shahida. Shahida mengangguk dengan gembira.