Lafaz yang kutunggu

nadia, the greatest sister!

Nadia dan Shahida keluar berjalan-jalan dengan menaiki kereta kancil merah kepunyaan Nadia. Kereta ini dibelikan oleh Encik Kamal untuk Nadia. Namun, Nadia tidak dapat membawa kereta ini ke Kolej Matrikulasi kerana jarak yang terlalu jauh. Nadia mengambil keputusan untuk meninggalkan kereta ini di rumah sahaja. Mereka pergi membeli-belah dan melihat buku-buku. Beberapa bulan mereka tidak berpeluang menghabiskan masa bersama. Apabila bertemu semula, hanya kegembiraan yang dirasakan oleh adik-beradik ini. Setelah penat berjalan, Shahida dan Nadia berhenti makan di sebuah restoran makanan segera.
Mereka berdua berbual mengenai kehidupan masing-masing. Shahida menceritakan persediaannya untuk menghadapi PMR pada tahun ini. Beberapa aktiviti dan persediaan telah disediakan oleh guru bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga. Shahida merasakan dirinya sibuk di sekolah. Nadia pula di matrikulasi juga sibuk. Namun, pengalaman duduk berjauhan dari keluarga dapat dirasakan buat pertama kali. Rindu pada keluarga di Shah Alam yang sering bermain di fikirannya terutama sebelum tidur. Tapi, ini menambahkan lagi semangat Nadia untuk belajar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Seperti biasa, Nadia akan menjadi salah seorang pelajar yang aktif menyertai aktiviti atau persatuan yang diadakan. Ramai juga rakan-rakan baru yang ditemui.
“Boyfriend baru tak ada?” Shahida cuba mengusik Nadia.
Nadia menundukkan wajahnya. Air mukanya mula berubah. Shahida dapat merasakan kakaknya kurang senang dengan gurauannya itu.
“Kenapa Kak Nadia? Salah ke Ida tanya soalan tu?” Soal Shahida cuba mendapatkan kepastian.
“Bukan apa, Ida. Cuma, Kak Nadia teringat pada Firdaus. Kakak kesal dengan tindakan dia memutuskan hubungan kami.” Nada suaranya juga berubah sayu.
“Kak Nadia dengan Abang Daus dah….putus ke?” Shahida begitu terkejut. Perhubungan kakaknya dan Firdaus amat baik sebelum ini.
“Baru dua minggu.” Nadia menjawab.
“Macam mana boleh putus pula ni?”
“Dialah. Dia boleh main-main pula dalam hubungan kami. Kak Nadia tak suka orang macam tu. Kak Nadia nak serius. Bila Kak Nadia terus terang dengan dia, habis dimarahnya Kak Nadia. Siap minta putus lagi. Siapa tak sakit hati.” Suara Nadia mula menggambarkan perasaan marah dalam hatinya.
“Sabarlah akak. Abang Daus tu ada masalah kut.” Shahida cuba menenangkan kakaknya itu.
“Biarlah dia. Kak Nadia malas nak ingat dia dah. Lantak pi lah dia nak buat apa pun.” Nadia tunduk seperti mengenangkan sesuatu. Perasaan kesal juga terbayang di wajahnya.
“Alah Kak Nadia. Takkan Kak Nadia tak sayang lansung pada Abang Daus?”
“Siapa tak sayang cik adik, oi! Bayangkan,…dua tahun kami bercinta. Lagipun, seburuk mana pun sikap orang tu, kalau dah namanya pun sayang, yang buruk pun kita tak nampak dah, Ida.”
Shahida mengangguk. Nadia memandang Shahida.
“Kau macam mana?” Soal Nadia bagi menukar topik perbualan mereka tentang Firdaus. Buat sementara ini, dia tidak mahu mengingati lelaki yang mempermainkan perasaannya itu. Nadia mahu menumpukan perhatian terhadap adiknya setelah berbulan lama tidak bertemu. Shahida hanya melemparkan senyumannya yang manis itu.
“Kau dengan Amir lagi ke?” Soal Nadia lagi. Shahida mengangguk.
“Berapa bulan dah?” Nadia bertanya lagi. Shahida mengira melalui jari jemarinya lalu ditunjuk lima.
“Baru awal tahun ni ke?” Shahida mengangguk dengan pertanyaan kakaknya itu. Mereka berdua termenung sebentar. Nadia dan Shahida menjamah makanan yang mereka pesan. Shahida tahu kakaknya ingin mengatakan sesuatu. Sekali lagi riak wajah Nadia menggambarkan perasaan kurang senang apabila mendengar perhubungan Shahida dengan Amir masih berjalan lancar.
“Kakak sebenar tak suka dengan Amir tu.” Nadia bersuara menyatakan perasaan sebenarnya terhadap Amir.
“Lama-lama nanti, kakak mesti sukanya.” Shahida membalas dengan pantas seperti sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Nadia.
“Ei, tak adanya lah. Dari dulu lagi kakak dah menyampah tengok muka dia. Tak sukalah dengan dia tu. Tak layak jadi adik iparlah.” Nadia terus merungut. Dia meyakinkan pada adiknya bahawa Amir bukanlah seorang yang baik. Shahida hanya mampu ketawa kecil mendengar celoteh Nadia.

Malam itu, Shahida sibuk mengemas barang-barangnya. Hatinya tidak sabar untuk pergi ke Pulau Pinang. Inilah keinginannya dari dahulu lagi untuk bercuti ke Pulau Pinang bersama dengan keluarga. Lebih lagi dengan kehadiran Nadia pada cuti ini menambahkan lagi keseronokan Shahida. Tiba-tiba terlintas pula difikiran Shahida peristiwa di sekolah pada pagi tadi. Buat pertama kalinya dia melihat wajah Nadhir dalam jarak yang dekat. Masih lagi Shahida berasa menyesal kerana tidak berkata walau sepatah sekali pun apabila dia menyedari Nadhir yang berlanggar bahu dengannya petang tadi. Mulalah wajah Nadhir bermain di fikiran Shahida. Shahida memandang ke arah jam dinding. Jam menunjukkan pukul sebelas tiga puluh malam. Shahida segera membuka komputer untuk melayari internet. Dia ingin melihat jika Nadhir sudah melayari internet atau belum. Ternyata masih awal lagi bagi Nadhir untuk melayari internet. Selalunya Nadhir akan melayari internet pada pukul dua belas tiga puluh malam. Shahida masih belum sempat memberitahu Nadhir berkenaan percutiannya bersama keluarga. Shahida akhirnya mengambil keputusan untuk menulis email kepada Nadhir.

“hai, tengah buat apa? Sebenarnya nak bagitau something ni. Masa cuti nanti, saya tak ada dekat rumah. Saya pergi Pulau Pinang. Holiday dengan family…:)…So, malam ni saya tak chatting kut. Saya nak kemas barang. Dalam masa seminggu ni, jgnlah lupe kat saya ye…bye…
PikaChu”

Shahida membaca semula apa yang ditulisnya. Macam tidak percaya pula. Dia tersenyum seorang diri. Dia menghantar email itu kepada Nadhir. Tiba-tiba Nadia masuk ke dalam biliknya.
“Hah, tak tidur lagi!” Nadia menyergah. Shahida terkejut.
“Eh, selamba masuk bilik orang tanpa kebenaran. Tak bagi salam pula tu. Balik-balik kerjanya bagi orang terkejut saja.”
Nadia keluar dari bilik itu. Dia kemudian mengetuk pintu bilik itu lalu memberi salam. Shahida ketawa lalu membenarkan kakaknya masuk.
“Puas hati?” Nadia menutup pintu bilik. Shahida mengangguk. Shahida beralih kembali duduk di meja komputernya.
“Kau buat apa ni Ida?” Soal Nadia sambil berbaring di atas katil Shahida.
“Send email.” Shahida melihat jika ada email baru yang diterimanya.
“Dekat siapa? Amir ke?” Nadia memeluk patung Pikachu Shahida.
“Taklah. Nadhir.”
“Pulak. Nadhir yang mana ni? Balak yang keberapa?”
“Bukan balak. Kawan je. Rasanya dekat sekolah tu, dia seorang saja nama Nadhir. Takkan kakak tak kenal kut?”
“Oh, Nadhir yang dulu kelas 1 Cekal ke? Rasa macam kenal. Budak tu baik-baik, kulit hitam manis, dan pemalu jugakan?” Nadia cuba mendapatkan kepastian daripada Shahida. Shahida mengangguk.
“Hah, betullah Nadhir tu. Budak tu boleh tahan juga orangnya. Kak Nadia suka budak tu. Kalau buat adik ipar bagus tu.” Nadia mengusik Shahida.
“Isy, mengarutlah kakak ni!”
“Mengarut apa pula?”
“Apa sampai ke adik ipar ni? Amir nak letak mana?”
“Ah, Kak Nadia tak suka Amir! Kak Nadia nak Nadhir lah. Kalau kau tak nak,
Kak Nadia nak. Tak pasal-pasal, dia jadi abang ipar kau. He he…” Nadia tersengih.
Shahida hanya buat tidak tahu dengan apa yang diperkatakan oleh kakaknya itu. Tanpa disedarinya, perasaan cemburu hadir apabila kakaknya berkata begitu. Istimewakah Nadhir dalam hati Shahida? Benarkah Shahida sudah tertarik pada Nadhir? Dalam hatinya, dia mencari kepastian yang sebenar. Nadhir seorang pelajar lelaki yang pendiam dan tidak mudah bergaul dengan sesiapa kini menjadi teman baiknya. Shahida tahu bukan dia seorang sahaja yang merasakan begitu. Baginya, Nadhir juga menganggap dirinya istimewa. Jika tidak, mana mungkin Nadhir ingin berkawan dengan seorang pelajar perempuan. Nadhir memang tidak gemar berkawan dengan pelajar perempuan. Bertegur mulut pun tidak pernah. Shahida tersenyum seorang diri. Nadhir! Wajahnya terbayang di fikiran Shahida. Terdetik di hati kecilnya yang dia akan merindui Nadhir daripada Amir ketika cuti seminggu ini.

Nadhir termenung di hadapan komputer. Kelihatan email yang ditulis oleh Shahida terpampang di skrin komputer. Dia sudah pun membacanya berulang kali. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
“Siapa?” Tanya Nadhir yang tersedar daripada lamunan seketika.
“Mak ni,” jawab Puan Suhaila dengan lembut.
Nadhir menutup skrin komputer. Dia mengambil komik GTO lalu membuka pintu biliknya. Dia tersenyum memandang wajah ibunya.
“Anak mak tengah buat apa?”
“Tak ada apa mak. Baca komik.”
“Baca komik je. Belajarnya tidak.” Puan Suhaila mengusik. Nadhir menggaru kepalanya sambil tertunduk malu. “Anak mak sihat?” Soal Puan Suhaila.
“Sihat mak. Mak tak perlu risau.” Nadhir menjawab sayu.
Puan Suhaila mengangguk tanda faham. Puan Suhaila membelai rambut anak tunggalnya itu. Puan Suhaila keluar dari bilik tidur Nadhir. Nadhir menutup pintu setelah mengucapkan selamat malam pada ibunya. Nadhir mengeluh. Dia membuka semula skrin komputer. Dia membaca kembali email yang ditulis oleh Shahida. Nadhir mengeluh lagi. Dia terus menutup komputernya.
Nadhir merebahkan badannya ke atas katil. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon bimbit Haziq.
“Assalamualaikum. Haziq ada?” Nadhir memulakan perbualan apabila mendengar ada suara menjawab panggilannya.
“Waalaikumussalam. Ha, Nadhir! Aku ni, Haziq.”
“Kau tengah buat apa?”
“Tengah layan bermimpi. Ni tengah malam telefon aku, kau sihat ke tak?”
“Sihat. Cuma, aku rasa kekuranganlah malam ni Haziq.”
“Hah, aku tahu kenapa! Ni mesti rindu dekat Puteri Pulau Pinang tu.”
“Eh, macam mana kau tahu Shida pergi Pulau Pinang?”
“Aku ingat kau tahu. Aku tahu pun dari Zairin.”
“Tak apalah. Esok jadi tak nak keluar?”
“Berapa kali lah aku nak cakap. Jadi!”
“Yelah. Sorrylah aku ganggu kau malam ni. Pergilah sambung tidur balik.”
“Tahu pun. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Nadhir menamatkan perbualan di talian.
Nadhir meletakkan telefon bimbitnya di atas meja komputer. Dia mencapai pula pemain cd. Dia memasang cd yang ada di dalam pemain cd itu. Kedengaran di telinga Nadhir lagu bertajuk Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan nyanyian kumpulan Sheila On 7. Diulanginya lagu itu beberapa kali sehinggalah dia terlena dibuai mimpi. Terbayang seketika di fikiran Nadhir sebelum lena. Alangkah baiknya jika dia dapat bersama dengan Shahida bercuti di Pulau Pinang. Melihat gadis bercermin mata itu ketawa dan bergembira ketika bercuti menimbulkan perasaan senang dalam hati Nadhir. Biar pun hanya terjadi dalam mimpi, ia tetap suatu yang indah.