K.I.T.A

Chapter Satu : New Kid In Town

Chapter Satu – New Kid In Town

“Baiklah murid-murid, esok merupakan Hari Kantin dan Hari Merentas Desa sekolah kita. Jadi cikgu nak sesiapa yang dah daftar untuk buat persembahan atau jualan tu, bersiap-sedia ya esok, pada pukul 7.30 pagi di dataran kejat sekolah ye….”

Ngantuk aku dengar Cikgu Sham membebel pagi tu. Dah la hari tu hari Jumaat, memang terasa cam nak balik aje… Yer, yer, kitorang tau la, cikgu!! Kitorang dah praktis berbulan-bulan dah, sebelum sekolah umum lagi bila hari kantin tu. Ish…

“Wei, Kamil, ko dah ready ke nak melalak esok? Ramai orang datang esok. Aku dengar pencari bakat pun ada. Ada chan la kita esok.” Best friend aku dari kecik, Ira bersuara tetiba. Aku menoleh memandang wajahnya yang agak cun dari aku dengan berambut paras bahu dan straight itu. Sebenarnya dia dah lama nak kalerkan rambut die dgn kaler oren tapi tak berpeluang sbb skolah.

“Wei, Kamil! Berangan lak die.” Sergah Ira yg truss membuatkan aku tekojot.
“Arh…aku tak pedulik tu sumer. Yg aku risau skrg Taj ni, die dh ready ke? Sekolah pun tak datang. Macam mana dia nak dtg perform esok?”
Ira mengeluh. Bad sign kalau dia mengeluh.
“Ala, dh ready la tu kot. Aku cume risau kalau sok kite luper sumer lirik n not n kord n…”
“Ar..tu lebih ar tu.. takde la sampai gitu skali. Lagu-lagu tu kita dh biasa main dah. Tapi kalau gitaris tak ada sok, cmner kita nak perform?”
“Ko la ganti tempat Taj. Ko kan boleh main gak.”
“Isy, tanak aku. Aku tak reti kord2 yang Taj buat tu. Susah giler.” Kata aku sambil mengikat rambut aku yang panjang giler ni.
“Hmm…aku rasa dia ok. Semalam mase kite dh bungkus barang die kata dia siap beli kasut baru lagi untuk perform esok.”
“Serius? Ceh! Aku selaku vokalis pun rilek je pakai selipar cap ayam!”
Ira tergelak, sambil mengangguk-angguk. Tengah kitorang rancak berbincang pasal performance esok, sorang budak pompuan tah dari kelas mana tah datang tegur kitorang.
“Ey, korang ni kawan dengan Tajrin ye?”
Kitorang pandang slack je minah ni. Dh la ikat rambut cam budak kecik aje, pastu suara mcm…ehem..takmo ar kutuk.
“Ha’ah kitorang member die. Kenapa?”
“Korang pass kan surat ni dekat dia, cakap kat dia Maizatul kirim salam sayang.”
Aku dan Ira berpandangan, pastu kitorang buat muka macam nak muntah. Minah tu kerut kening je tengok kitorang.
“Ni, Senah..” Ira bersuara.
“Nama saya bukan Senah, nama saya Faizah la!” jawab minah tu.
“Whatever la. Pekata ko bagi sendiri surat tu dekat dia? Esok dia datang, ok? Bawak sekali budak yang kirim salam sayang kat dia tu. Bolehla diorang berkenalan.” Selamba ciput je Ira jawab. Budak tu pun macam agak-agak percaya la, pastu dia blah. Kitorang pun ketawa habis-habisan lar…kah kah kahkahakah

“Daripada kecik sampai ke besor, si Taj tu asyik dapat surat cinta aje.” Komen Ira.
“Entah, kita ni bila lah nak dapat surat cinta. Ah..ko belambak ar peminat. Aku satu habuk pun tarak.”
“Eleh…mamat senior yg dulu ko usya tu ape? Bukan korang berutus-utus surat ke dulu sblm dia grad?”
“Hotak hang…mane ade sampai berutus2 surat dow…die tau pun tidak yg aku minat die..”
“Lor..apsal ko x bagitau die?”
“Malu la siot…ko ingat senang ke nak gi dekat jantan yg ko suke, pastu ckp kat depan muke die yg ko suke kat die. Malu bapak beb!”
Ira ketawa terbahak-bahak. Pastu kelas kitorang tetiba jer senyap, aku pun pelik la, pastu aku nampak Datin Sabariah merangkap pengetua skool aku masuk ke dlm kelas. Datin gak membawa seorang pelajar perempuan yang berambut paras bawah telinga dan agak curly. Muka dia cantik gile, sampaikan sumer budak laki kelas aku dh betul2kan songkok diorang, dh butangkan baju dll.
“Ini adalah pelajar baru di kelas kamu, kelas 5 Rahmah. Sila perkenalkan diri,”
lepas tu perempuan tu pun bercakap;
“Assalammualaikum semua, nama saya Aina Mashitah bt Mohamed Saaid. Saya datang dari Shah Alam, dan saya harap kamu semua dapat bantu saya dalam pelajaran.”

Aku dan Ira berpandangan. Aina Mashitah ni bukan jenis yang akan berkawan dengan kitorang, so bebudak ‘PhD’ (bebudak Phandai Dowh!)dlm kelas kitorg tu dah ajak si Aina tu duduk dengan diorang. Kitorang tengok je la. Lepas tu Aina pandang kitorang dan senyum. Aku dan Ira tekojot jap, pastu kitorang senyum balik. 2 minit kemudian, loceng rehat pun bebunyi… Dah menjadi tradisi dalam hidup aku dan Ira, kalau ada budak baru je, mesti kitorang kenakan. Tapi budak ni macam baik sangat, kang kalau kitorang kenakan kang, nangis pulak. Tambah2 budak Shah Alam, budak bandar. Mesti manja gila dengan family ni. Tapi aku tak peduli dengan kata-kata Ira tu. Aku tetap nak teruskan tradisi aku ni. So aku tunggu sampai semua orang takde dlm kelas, aku pun pergi kat tempat budak baru tu.
“Ko nak buat apa, Kamil? Conteng kerusi dia ke?” Ira yang tolong jaga line untuk aku tetiba bersuara.
“Tak ah, benda tu dah boring. Aku nak buat yang extreme sikit. Budak ni pun macam ada pontensi masuk geng PhD jer.”
“Lor, ape salahnya kalau dia pandai pun?”
“Bukan PhD tu. PhD kat kelas 5 Fitrah. Perasan dan hasad dengki. Muka baik camtu aku tak caya ah!”
Ira geleng2 kepaler jer tengok aku longgarkan skru kerusi kayu budak baru tu.
“Weih, ni hari first dia, ko tanak tunggu Isnin depan ke baru buat benda ni?”
“Tak nak ah! Sementara si Taj playboy tu tak de, baik aku buat, kalau tak mesti dia backing budak ni punya.”
Setelah aku longgarkan skru kat kerusi die aku pun blah gi kantin ngan Ira. Aku nampak budak baru tu tengah sedap melantak mi kari. Die punya pasal la. Janji aku dh buat tradisi aku. Hehehe…

* * * *
KRINGG!!!!!
Loceng habis rehat pun berbunyi… aku ngan Ira adalah orang paling lambat masuk kelas sebab…saje je. Tetengah kitorang jalan tetiba lak terserempak dengan abah aku merangkap cikgu Fizik kat sekolah tu.
“Nadia!” aku terbrek tiba-tiba, bila aku toleh, muka bapak aku yang bermisai dan berspek mata tu tengah menengok ke arah aku dan Ira sambil bercekak pinggang. Aku pun jalan la ke arah dia.
“Ye, abah?”
“Balik nanti abah ada mesyuarat. Nadia balik sendiri, dan jangan ngada-ngada nak main muzik kat garaj tu.”
“Tapi bah, esok kitorang perform, kenalah….”
“Buat homework dulu, baru boleh main.”
Adumak..homework? Berlambak-lambak. Sampai bila-bila pun tak siap.
Abah aku pun berlalu masuk ke makmal Fizik, aku ngan Izza pun ape lagi, blah ah….

“Camne ni Ira? Takkan kita tanak berlatih buat kali terakhir?”
Ira membuat muka seperti tgh berfikir. Fikir punya fikir punya fikir, last last kitorang sampai depan kelas kitorang iaitu 5 Rahmah. Sekarang time subjek Sejarah, yang diajar oleh Cikgu Ezwan iaitu cikgu praktikal kat skool kitorang, so mmg baik ati giler ah dia ni. Masuk kelas lambat pun takpe. Dah tu, kamcing lak dengan aku. Huhuhu. Eh, ni apasal berkerumun ramai-ramai dalam kelas ni? Penemuan fosil terbaru ke?

“Kenapa tu, Mil?” Ira bertanya.
“Entah.”
Bila kitorang dah dekat barulah kitorang nampak, yang rupanya si budak baru tu terjatuh dari kerusi. Aku cakap ‘yess!’ dalam hati sebeb teknik aku berjaya. Hehehe.. tapi si Aina ni tak bangun-bangun pulak, kenapa?
“Karmila Nadia,” elok je suara macho ala-ala hero hindustan berbisik kat telinga aku. Bila aku menoleh, rupanya cikgu Ezwan tengah berdiri belakang aku dengan muka serius sekali.
“Er..ye cikgu?”
“Saya nak jumpa kamu sekejap.”

Sementara bebudak kelas aku tengah sibuk-sibuk tengok nurse skool bawak budak baru tu gi klinik, aku dibawak oleh Cikgu Ezwan ke bilik guru.
“Kenapa ni cikgu?”
Cikgu Ezwan tak membalas. Dia diam aje sambil tengok muka aku. Aku pun dengan selamber rempit nye duduk atas meja dia. Serta rilek je main-main dengan pen dia atas meja tu. Ada lah dua tiga orang cikgu perempuan pandang slack kat aku sbab buat camtu. Rilek ar! Cikgu Ezwan ni dah cam member aku, pedulik apa!
“Karmila, saya rasa elok kamu turun dari meja ni sekarang.”
Aku tergamam jap. Aik? Selama ni dia okey aje kalau aku buat camtu, hari ni marah plak? Pelan-pelan aku turunkan kaki aku yang bersalut kasut pallas jazz ni sambil kerut kening tengok muka cikgu nih.
“Kamu tau tak apa salah kamu?” aii…mamat ni macam pelik aje. Tetiba cakap pasal salah pulak ni. Setau aku, ari ni aku tak ponteng kelas lagi, lagipun dia bukan cikgu disiplin, so? Ni mesti ada yg tak kena ni.
“Tak tau.”
“Apa salah Aina tu pada kamu?”
wahh…masa tu menyirap darah aku sampai ke kepala korang tau tak…. Mana cikgu dapat tau pasal aku longgarkan skru Aina ni?? Arh…ni mesti main teka-teka je ni.
“Ai..Ai..Aina? Kenapa pulak cikgu cakap macam tu? Apa yang saya dah buat?”
“Dengar sini, Karmila. Dah banyak aduan yang saya dapat pasal kamu suka kenakan budak baru. Saya tak pedulikan aduan tu semua selama ni sebab saya ingat saya kenal kamu. Tapi hari ni, apa yang kamu buat dekat Aina tu dah melampau sangat kamu tau tak? Saya rasa macam saya dah tak kenal kamu lagi, Karmila.”
Berderau giler2 babeng darah aku dengar dia cakap camtu. Selama ni aku, Ira, Taj ngan cikgu Ezwan ni rapat macam adik beradik. Sekarang dia macam dah stranger bagi aku. Ni semua Aina punya pasal.
“Ohh, mentang-mentang dia budak bandar, sebandar dengan cikgu pulak tu, lepas tu cantik pulak, cikgu backing dia lah ye? Saya dah lima tahun kat sekolah ni cikgu, cikgu tu baru 5 bulan. Jangan nak berlagak macam cikgu dah kenal saya sangat.”
Lepas tu aku trus blah dari bilik guru. Bila aku balik ke kelas, semua orang, I mean SEMUA termasuk papan hitam ngan kapur pun, pandang aku slack giler2. Memula diorang bising, tapi bila aku masuk kelas je, sumer diam. Time tu aku rase macam nak nangis pun ada. Sebab semua orang seolah-olah boikot aku, hanya kerana Aina yang cantik menawan tu! Aku pun lari pergi ke tandas dan kuncikan diri dalam kubikel tandas tu.
Aku pun tak sedar bila aku dah nangis banyak sangat sebab yang aku tau mata aku mesti dah bengkak giler.
“Kamil? Kau ada kat dalam ni ke?”
Tu suara Ira. Ish, sape suruh kau carik aku pulak ni?
“Kamil, kita kan kawan baik.. apa-apa hal kau cerita kat aku..”
Aku diam aje. Last-last Ira yang jumpa aku sendiri.
“Ya Allah…dah macam pelarian dah aku tengok kau ni.”
Izza tolong aku bangun dan bawak aku ke cermin sinki. Ee..sembab giler mata aku…eyeliner hitam aku pun dh meleleh-leleh kat pipi.
“Come on, Kamil. Kau pernah ada masalah lagi besar dari ni. Aku tengok kau rilek aje, sekarang kenapa kau menangis pulak?”

Aku pandang muka Ira dengan mata sebek. Aku pun sebenarnya tak tau kenapa aku perlu menangis.
“Cikgu Ezwan dah sisihkan aku. Ni semua sebab budak baru tu!”
“Weih, salah ko gak ko longgarkan skru dia.”
“Budak lain ok je aku tengok, ni apsal cikgu nak sebelahkan dia pulak? Sebab dia cantik, kan?”
“Ni, Senah, aku pun cantik jugak, tapi tak de sape pun nak backing aku bila aku kena marah ngan Datin ari tu?”
Ira berjaya membuat aku ketawa. Ha’ah, hari tu dia kena marah depan2 perhimpunan, sebab dia memegang rekod terbesar dalam memonteng kelas kat skool kitorang. Tiba-tiba Ira peluk aku.
“Syh..ssyh..dah, dah. Aku bukan boleh tengok kau sedih.”
“Kaulah kawan baik aku Ira, kalau ko takde, camne la aku agaknye ye.”
Ira melepaskan pelukan.
“Ni, Senah, lepas ni kau jangan bercadang nak kenakan budak tu lagi.”
Alamak, dalam hati aku baru nak balas dendam, tiba-tiba Ira dapat baca pulak. Isk..

Aku ponteng kelas lepas rehat tu dengan terus balik rumah. Nasib baik kat umah aku takde sesiapa, so selamba badut je aku balik pukul 11 lebih. Ira pun tolong cover line kata aku ada kerja kat bilik SPBT. Sesampainya aku kat rumah, aku nampak Tajrin kat depan rumah aku dengan skateboard di tangan kanannya, gitar tersangkut di bahu kirinya, dan sebijik amplifier Marshall di tepi kakinya.
“Taj? Ape kau buat kat rumah aku ni?”
Tajrin menoleh.
“Hah, Kamil, aku dah agak mesti ko ponteng skool punye hari ni.”
“Hotak hang, tadi aku pegi lah. Pastu aku takde mood nak masuk kelas.”
“Sama lah tu.”
“Kuajaqq…ko tu apsal x gi skolah hari ni?”
Tajrin menggaru-garu kepala.
“Malas ah aku. Nanti ade je budak pompuan kacau.”
“Eleh, macam la ko tu hensem sangat! Ni, apsal ko tercegat depan garaj bapak aku ni?”
Tajrin meletakkan skateboardnya di atas jalan tar dan kemudian menyandarkan gitar di pintu kereta Suzuki Swiftnya itu.
“Aku baru je sampai ni. Aku dapat rasa yang ko akan ponteng skolah ari ni, so aku datang la. Mana tau boleh praktis last minit ke. Tiba-tiba ko balik, cantik sangatlah. Dah, gi bukak garaj ni.”
“Hmm..tapi Ira takde. Dia kat skool lagi.”
“Takpe, aku ade bawak member, dia bleh ganti Ira main dram.”
“Member? Sape?”
“Alah, member skate aku. Kejap lagi dia datang. Dia pun tengah takde keje tu.”
Aku mengangguk-angguk, pastu membuka kunci garaj. Bila garaj terbuka, bukannya ada kereta dalam tu, agak penuh dengan 3 amplifier, sebijik drumset kepunyaan Tajrin sebenarnya, 3 bijik gitar yang juga kepunyaan Tajrin, gitar bass aku sebijik dan beberapa mike stand disertai dengan beberapa mikrofon. Kengkadang bila aku tengok keadaan garaj ni, aku rasa lain macam. Yelah, sebab barang aku sebenarnya ada dua je. Gitar bass ngan mini amp satu. Yang lain semua sumbangan Tajrin. Itupun dia kata dia dah tak pakai sangat barang-barang tu kat rumah. Aku ingat lagi bila Tajrin mula-mula nak offer barang-barang tu……

****flashback****
Ah, senang citer, aku flashback mase kitorang mula2 kenal Tajrin lah. Aku ngan Ira memang dah kenal dari kecik sebab mak dia merangkap sepupu mak aku la. Aku ngan Ira kenal Tajrin masa kitorang gi tengok Gig Battle dekat Teluk Intan. Masa tu, aku ngan Ira baru je menubuhkan sebuah band yang bernama Inga yang sebutannya seperti ‘Ingga’. Masa kitorang gi Gig Battle ni, ade sorang mamat tengah buat muka ketat kat tepi stage. Kitorang pun pegilah kat dia, sebab asalnya nak tanya pasal band Garfunkle iaitu band abang aku. Yep, abang aku ade band, dan dia masuk Gig Battle ni, tapi tu nantilah aku citer.

“Semekom, tumpang tanya…”
“Boleh tak korang JUST LEAVE ME ALONE??!!!!!” tetiba dia bertempik bagai nak rak. Merah padam muka dia aku tengok. Ish, kok ye pun bengang, jangan ar jerit camtu.
Pastu aku sound tepat ar dia.
“Oi! Tak boleh kuat lagi suara kau?! Kalau tak ada budi bahasa tu baik tutup mulut terus! Jadi bisu lagi baik!! Aku baru nak tumpang tanya dah pekik-pekik!” pastu aku trus blah dengan Ira. Ira pun aku tengok macam terkojot dengan reaksi mamat tu. Aku ingat Ira marah jugak kat dia, rupanya…
“Kamil…hensem gila lah mamat tu…”
Ek eleh….aku pangggg jugak budak ni. Dahla budak tu kasi sirap darah aku, dia boleh cakap budak tu hensem pulak??? Aku bengang ar! Pastu aku trus call abang aku.
“Hello? Along, tanak aku tengok gig ko ni. Takde mood. Kang cite je kat aku sape menang.”
Pastu aku ambik keputusan untuk blah dari situ. Ira plak ambik keputusan untuk stay. Aku risau gak keselamatan dia, tapi dia nak stay gak. Katenye boifren dia main gitar untuk band ape tah yang masuk Gig Battle tu gak. Aku pun masuk ke dalam keta dan drive blah dari situ.
Tetiba aku terbrek…..sebab ade makhluk berdiri kat depan keta aku.
“Woi! Tak ada mata…” aku terberenti kat situ sebab yang depan keta aku ni ialah mamat muka ketat tadi. Kali ni dia buat muka kesian pulak. Rambut emo habis.
“Wei, tepi lah, aku nak lalu.”
Tetiba dia jatuh tahap pengsan depan keta aku tu. Adumak….

Pastu korang mesti bleh agak kan apa jadi? Ye,aku bawak dia gi spital, pastu doktor cakap yang dia ada appendiks time tu, nasib baik aku bawak dia gi spital cepat, kalo tak pecah dah appendiks dia tu. Loh, patut la muka ketat semacam je. Bukan nak mintak tolong orang, marah orang lagi ada. Pastu aku dapat tau yang nama dia Tajrin, anak orang kaya, asal orang Johor, datang Perak sebab masuk Gig Battle tu tapi tak sempat bertanding sebab masuk spital. Masa tu kitorang baru form 3, so lepas PMR, dia cakap dia nak pindah masuk skool aku so kitorang bertiga jadi best friend pastu. Dah dua taun gak la aku ngan Ira kawan ngan dia. Dia duk kat Ipoh sensorang di rumah yang bapak dia beli untuk dia. Aku rasa baru-baru ni ada sorang member dia tinggal ngan dia gak. Banglo lak tu, pastu ade 3 orang gaji. Ceh. Dia tak bleh letak barang2 muzik tu kat umah dia sebab bapak dia tak kasi dia main muzik lagi. Bapak dia ugut nak buang alat2 muzik tu, so dia berpendapat, ada baiknya letak kat garaj umah aku, so dia pun bagi la sumer tu. Lah, lagipun, parents dia bukan ada pun kat Ipoh ni. Parents dia kat KL, so dia selampet je la ponteng skool. Kalo ari tu dia datang skool, maknenye mak bapak dia datang Ipoh la tu. Hehehe..